MAJLIS ANUGERAH HOMEROOM 2016
Sherlock Holmes The Investigator
Pada tahun ini tema untuk Majlis Anugerah Homeroom adalah fantasi, jadi dikesempatan ini kami memilih tema Sherlock Holmes sebagai tema homeroom kami. Kebanyakan homeroom mengambil tema kartun seperti Frozen, Barbie dan sebagainya .
Sherlock Holmes adalah seorang penyiasat yang terkemuka. Banyak buku dan filem yang telah dikeluarkan tentang penyiasat ini .
PESTA BUAH MRSM TRANSKRIAN 2016
MRSM Transkrian telah mengadakan aktiviti bersama homeroom , di mana setiap homeroom diberikan pelbagai jenis buah-buahan seperti durian , langsat dan rambutan .
Pada kesempatan ini , kami dapat merapatkan lagi hubungan kami dengan Ahmad Irfan yang merupakan pengganti kepada Muhammad Nabil yang telah berpindah . Dengan kedatangan Irfan yang ceria , luka di hati kami terubat . Ada ura-ura yang mengatakan sikap Irfan ini serupa dengan Nabil . 'Chemistry'lah katakan
Tidak ketinggalan , Cikgu Maria juga turut serta dalam program ini . Beliau banyak membantu kami semasa membuka kulit durian .
Rahsia kami untuk membuka kulit durian itu adalah kunci . Bak kata pepatah , usaha kunci kejayaan.
Baiklah , setakat itu sahaja yang dapat dicoretkan .
MRSM TRANSKRIAN HOMEROOM'S SONG
Kali pertama langkah diayun ,
Berbaur rasa ,
Gementar jiwa ,
Saat genggaman tangtan di lepaskan ,
Kita disambut dengan senyuman ,
Pengganti ayah ,
Pengganti ibu ,
Di langit terbeza MRSM Transkrian
-CHORUS-
Di sinilah bermula homeroom perkasa ,
Membina jiwa semnagat membara ,
Guru disayang ,
Insan terbilang ,
Homeroom kita ,
Hebat dipersada .
Disinilah bermula homeroom kita ,
Mengajar erti kasih sayang ,
Tempat mengadu ,
Suka dukaku ,
Homeroom kita ,
Sejiwa bersama .
(Ulang 2 kali)
Homeroom kita ,
Kekal selamanya .
Ciptaan :Homeroon Puan Siti Zurhaida
Lirik : Puan Siti Zurhaida
Melodi : Encik Faizal Azry ( Bapa Puteri Anis Sufieliya , Pelajar 1 Razi @ 2015 )
AIDILFITRI 2016
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , kami ucapkan kepada warga MRSM Transkrian .Bulan Syawal merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah sebulan berpuasa . Jadi , semua umat Islam dikehendaki meluangkan masa mereka bersama keluarga masing-masing , tidak lupa juga keluarga yang berada di maktab ni , homeroom tercinta .
Kegembiraan pada bulan yang amat indah ini kami nikmati bersama pada setiap detik . Maklumlah , tahun ini mungkin tahun terakhir kami bersama . Tahun depan mungkin ada yang telah berpindah ke MRSM lain . Mana nak tahu , rezeki orang lain-lain dan yang pasti kejayaan mereka dapat kita doakan bersama .
Semua orang berpakaian cantik lagi bergaya tidak kira muda taupun tua . Sama sahaja . Pelbagai warna yang dikenakan oleh para pelajar ; biru , emas , hitam , hijau , ungu dan banyak lagi . Tidak rugi kita berbelanja lebih untuk bulan Syawal ini . Aidilfitri tiba sekali setahun . Jangan dipersia-siakan .
RAMADHAN AL MUBARAK 2016
Assalamualaikum pembuka bicara ,
Baiklah , pada tahun ini kami menyambut Ramadhan tahun ini dengan meriah sekali . Kegembiraan yang dikongsi bersama enam belas orang ahli homeroom ini dapat disemat di dalam hati . Manakan dapat pengalaman sebegini di luar sana .
Ramadhan ini merupakan armadhan terakhir kami bersama Nabil yang telah berpindah . Kegembiraan bukannya dapat kita rasai sepanjang hayat , mesti ada halangan yang akan menjadikan kita lebih kuat . Mungkin pemergian Nabil adalah satu halangan yang akan menguatkan lagi homeroom kami .
Saat-saat terakhir kami bersama Nabil telah kami hargai . Tidak akan kami lupakan rakan yang telah banyak berjasa kepada homeroom kami . Sebesar-besar penghargaan diberikan kepadanya dan moga die mendapat hikmah yang selalu ada disetiap sesuatu .
Faiz: Tangkap gambar ka? Nak masukk jugaaa!!!
Minggu Aktiviti Semester 1 2016
Hasil karya oleh ahli homeroom Cg Maria yang sangat berbakat!
Persembahan Kebudayaan Pelbagai Kaum
SINOPSIS PROGRAM
Setiap homeroom diberi satu resepi masakan kebudayaan . Homeroom kami mendapat resipi popia sayur goreng bersama Homeroom Ustaz Syed . Kami perlu berganding bahu dengan Homeroom Ustaz Syed untuk menyiapkan popia sayur goreng ini . Kesemua bahan-bahan dan alatan telah pun disediakan . Hal ini memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan yang diberi . Selepas selesai memasak , kesemua makanan yang dimasak oleh 10 homeroom Tingkatan 3 dihidangkan dan diberi untuk sesiapa sahaja untuk dimakan . Ramai guru termasuk kakitangan singgah di Trans Garden untuk menikmati juadah yang disediakan . Komen- komen yang baik daripada guru-guru menaikkan semangat kami untuk terus mencuba sesuatau yang baharu . Walaupun kami berasa penat , kami tetap berasa puas apabila dapat memberi makan kepada ramai orang .
OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM
- Membuat khidmat masyarakat dengan menyediakan makanan kepada warga maktab termasuk guru-guru dan staf
- Menyediakan makanan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia dapt memberi pengalaman baru kepada para pelajar apabila mereka berpeluang menyediakan makanan tersebut sendiri
- Disamping dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk lebih bekerjasama sesama ahli homeroom
JADUAL PEMBAHAGIAN TUGAS
Kami membahagi sebahagian tugas kepada Homeroom Ustaz Syed memandangkan kami perlu menyiapkannya bersama-sama . Berikut merupakan pembahagian bagi homeroom kami sahaja .
Nama | Tugasan |
Aimy | Mengupas bawang |
Nabil | Membasuh bahan |
Farah | Membalut popia |
Aliff | Menggoreng popia |
Faiz | Menggoreng popia |
Aqil | Menggoreng popia |
Iskandar | Menyediakan inti popia |
Ain | Menyediakan inti popia |
Ainaa | Mengupas bawang |
Fudla | Menumbuk udang kering |
Khairunnisa | Memotong lobak merah |
Hayati | Membasuh alatan |
Farida | Membasuh alatan |
Haizal | menumbuk udang kering |
Syafiq | Menumbuk bawang |
Ardinni | Memotong lobak merah |
Aimy : "Belajar membantu orang yang memerlukan "
Fudla : "Mengenali makanan pelbagai etnik di malaysia "
Ainaa : " dapat mengenali makanan baru dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama batch "
Syafiq : "Dapat mengasah bakat memasak '
Ain : "Mengeratkan hubungan sesama ahli homeroom "
Ardinni : "Lebih mendekati makanan yang tidak dikenali seperti makanan masyarakat Banjar iaitu Wadai Kepeng "
Farida : "Mewujudkan kerjasama dan komitmen yang baik di antara ahli homeroom '
Haizal : "Memupuk sikap kerjasama"
Khairunnisa : " Ikhlas dalam bersedekah kepada orang lain . Pada pendapat saya , program seperti ini perlu diteruskan lagi "
Aqil : "Belajar cara untuk memasak popia dengan baik "
Faiz : " Belajar cara bekerjasama dengan lebih baik "
Nabil : " Mengenali pelbagai jenis makanan yang tidak pernah diketahui sebelum ini "
Iskandar : " Memupuk sikap bekerjasama diantara ahli homeroom "
Farah : " Kita perlu ikhlas dalam bersedekah "
Hayati : " Semangat kerhasama amat diperlukan apabila bekerjasa di dalam kumpulan "
Aliff : " Kenal dengan lebih dekat makanan tradisi Melayu "
TADAAAA. Popia Sayur Goreng :)
THE INVESTIGATORS' ORGANIZATION CHART
Cik Maria binti Jamil
PRESIDENT
Muhd Iskandar Bin Che Wail
VICE PRESIDENT
Farah Aliah Binti Bazli
SECRETARY
Fudla Maisarah Binti Fakhrul Zaki
TREASURER
Nurul Ainaa Aqilah Binti Mohamad Zakuan
TOUR COMMITTEE
Nurul Ain Binti Yazid
ACADEMIC COMMITTEE
Nurfarida Haniem Binti Suhana Safar
ENTREPRENEURSHIP COMMITTEE
Nurul Hayati Binti Ismail
RECEPTION COMMITTEE
Mohd Faiz Adha Bin Mohamad Hanafi
ULUL ALABAB COMMITTEE
Aliff Daniel Bin Mohd AminMuhd Syafiq Nur Fitri Bin Kassim
VIDEO COMMITTEE
Khairunnisa Binti Wae Arsi
ALBUM / PROGRAMME COMMITTEE
Nur Ardinni Rizwin Binti Sharizal
BLOG COMMITTEE
Mohd Aqil Nazran Bin Azizuddin
COMMUNITY SERVICE COMMITTEE
Muhammad Nabil Bin Nazri
READING PROGRAMME COMMITTEE
Haizal Bin Mohd Fadzil
Pertandingan Mengukir Tembikai dan Menggubah Makanan Sunnah
Hasil kreativiti ahli homeroom:
1) Makanan sunnah
2) Tembikai? Heheheheheheee
Jualan Homeroom
<3
Perjumpaan Pertama
Perjumpaan pertama homeroom Cg Maria pada 8 Januari 2016 di Dewan Selera.
Ahli homeroom telahh berkongsi pengalaman bercuti yang lepas dan cerita-cerita yang mencuit hati. Selain itu, perbincangan tentang peperiksaan Semester 2 2015 juga telah dibincangkan. Alhamdulillah dan insyaAllah, prestasi akademik ahli homeroom akan dapat ditingkatkan lagi.